Restoran
Cocolike's
Cocolike's β Minuman & Makanan Berasaskan Kelapa Paling Unik di Malaysia.
Terletak di Pusat Komersial TSB, Shah Alam, Cocolike’s adalah restoran kopitiam. Uniknya disini, kebanyakkan makanan adalah berteraskan kelapa.Β Diasaskan oleh Chef Alwi, seorang chef berpengalaman lebih 30 tahun yang pernah berkhidmat di kapal MISC dan hotel-hotel terkemuka seperti JW Marriott dan YTL, restoran ini menawarkan hidangan yang memikat selera dan berkualiti tinggi.
Kisah Di Sebalik Nama
Chef Alwi memulakan perjalanan kulinarinya sejak kecil di Muar, Johor. Beliau pernah berkhidmat sebagai chef di kapal MISC selama 7 tahun, menjelajah lebih 25 negara dan mempelajari pelbagai resipi antarabangsa. Pengalaman ini diteruskan di hotel-hotel mewah sebelum beliau membuka beberapa restoran sendiri, termasuk Cocolikes. Kini, Alwiβs Food menjadi lambang dedikasi beliau dalam dunia kulinari.
Menu Istimewa
Cocolikes menyajikan variasi hidangan unik yang diinspirasikan daripada kelapa, buah tropika yang kaya khasiat dan rasa. Dari nasi hingga ke minuman, setiap menu disusun rapi untuk membangkitkan selera dalam suasana santai, menyegarkan dan menyihatkan:
π Nasi Lemak Sambal Udang
Nasi lemak wangi dengan santan kelapa, disajikan bersama sambal udang pedas manis, telur rebus, kacang goreng dan timun segar. Hidangan tradisional yang diberi nafas baru tropika.
π₯₯ Nasi Tom Yam Udang Kelapa
Nasi putih bersama tom yam udang yang pedas dan masam, dihidangkan dalam kelapa muda untuk rasa asli yang penuh aroma dan kelainan. Setiap suapan membawa keseimbangan antara rasa panas, masam dan manis.
Bihun Siam Kukus Ayam Jambo
Bihun Siam yang dikukus lembut dan wangi, dipadankan dengan ayam panggang istimewa perapan rempah tropika. Hidangan sihat yang membangkitkan selera Asia Tenggara.
π§ Cendol Bingsu
Gabungan bingsu ala Korea dengan cendol Malaysia. Dihidangkan dengan ais kisar halus, santan pekat, gula Melaka, kacang merah dan cendol kenyal. Pencuci mulut sejuk menyegarkan yang menggabungkan dua budaya.
π₯€ Coconut Frappe
Minuman kelapa berais yang diblend sempurna, tersedia dalam pilihan perisa seperti Mixed Berry, Oreo Crumbs, dan Signature Coconut.
Suasana dan Pengalaman
Restoran ini menawarkan suasana santai dan mesra keluarga, sesuai untuk pelbagai acara seperti makan malam romantik, perjumpaan keluarga, atau makan tengah hari santai. Dengan penilaian purata 4.8/5 daripada lebih 400 ulasan pelanggan, Cocolikes dikenali kerana makanan yang berasaskan kopitiam dan kelapa, perkhidmatan mesra, dan nilai yang berpatutan
Lokasi & Waktu Operasi
π Alamat: No. 89-G, Jalan Nautika B U20/B, Pusat Komersial TSB, 40160 Shah Alam, Selangor
π
Waktu Operasi: Selasa β Ahad, 1:00 PM β 10:30 PM (Tutup pada hari Isnin)
π Tempahan & Pertanyaan: +6012-374 8538
π± Instagram: @alwis_food
γκ γTiktok: https://www.tiktok.com/@alwimahfodz
